" Dan Gon-Jull 30 ,merupakan seorang tauke kedai kucing peliharaan. Dia sangat obses dengan kucing-kucingnya sehinggakan tiada satu pun benda lain yang lebih diutamakannya. Pada suatu hari, semasa berada di taman rekreasi bersama kucingnya, sebuah tragedi ngeri berlaku. Chi-Chi kucing paling dikasihinya telah dilanggar oleh seorang pemandu wanita. Dengan sepenuh keupayaan,Dan Gon bersama wanita berkenaan menghantar Chi-Chi ke hospital untuk dirawat. Chi-Chi mati begitu sahaja. Wanita itu serba-salah namun merasa lelaki itu terlalu kebudakan dan sanagt beremosi pula. Wanita itu terkejut apabila Dan Gon memfailkan saman ke atasnya. Di samping itu, Dan Gon ambil kesempatan sedikit demi membalas dendam. Akhirnya kakak wanita berkenaan membayar sejumlah wang saman terhadap Dan Gon namun jumlahnya tidak mencukupi . Ekoran peristiwa itu, wanita berkenaan sanggup menjadi pekerjanya selama setengah tahun tanpa gaji seperti yang dijanjikan. Bermulalah adegan2 geli apabila wanita itu, Song Ri-Chul mula bercampur dengan najis2 dan kutu kucing Dan Gon. Dan Gon pula banyak habiskan waktu dengan bermanja2 dengan semua kucingnya sambil melayari internet. Song Ri pula berkecil hati dan kadang-kadang menangis. Don Gon terlihat Song Ri menangis dan mula rasa serba salah melayani seorang gadis yang lembut dengan kasar hanya kerana seekor kucing. Dan Gon mula menyelidik siapa sebenar gadis itu. Rupanya dia adalah seorang penari. Myun Ha, gadis yang disangkanya kekasih sebenar Dan Gon mula memikat hati Dan Gon. Satu hari,Song Ri berada di kedai itu dan tidak sedari kehadiran Dan Gon di dalam. Son Ri mengeluh di telefon bahawa wang simpanan sudah habis terpakai untuk bayar saman. Kini dia terpaksa menangguhkan pula hasratnya untuk menyambung belajar. Dia terpaksa bekerja semula setelah 6 bulan denda itu berlalu. Teman2 nya yang lain terpaksa tinggalkannya. Song Ri sedih sekali. Dan Gon mula menyiasat Song Ri di waktu malam. Dia mula mengambil berat terhadapnya. Manakala Song Ri mengharapkan kemaafan dari Dan Gon dengan melakukan apa sahaja yang terbaik. Dalam masa yang sama, Song Ri turut jatuh hati kepada tauke kucingnya. Ahirnya Dan Gon beranikan dirinya mengaku dia mempunyai rasa cinta terhadap Song. Mereka berdua sering malu2 untuk bersemuka di dalam kedai itu. Dalam pada itu, jejaka bernama Jang Xi muncul dan membayar hutang saman untuk Song Ri. Jejaka itu tegas dan mahu Song berhenti bekerja di situ. Song Ri mengikut Jang Xi. Namun beberapa hari kemudian,dia berubah fikiran dan mahu Dan Gon kembalikan wang itu semula kerana Song rasa bagai dibeli-beli. Dia tetap bekerja sana untuk tempoh 1 minggu lagi. Setelah Song tamat tempoh bekerja, dia mengucap selamat tinggal kepada Dan Gon. Sejak hari itu, Dan Gon kecewa dan menutup kedai selama beberapa hari. Selang hari kemudian tergantung pula notis "For Sale". Apabila Song mendapat tahu, dia mencari Dan Gon dan meminta penjelasan dan mahu Dan Gon berterus-terang kepadanya. Akhirnya Dan Gon mengaku semula dia mencintai Song bukannya Myun Ha atau gadis2 lain.***
April 2013
Back To Bermuda
Halle Morrisen has back.....
Selepas 7 tahun dipisahkan daripada keluarga, akhirnya satu-satunya waris Morrisen berjaya kembali kepada asal-usul keturunannya, di Dawn Bermuda Triangle.
Halle baru berusia 15 tahun,ketika Dr.Jarold dan sekutunya memaksa seolah-olah mengheret Halle keluar daripada rumah agam moyangnya di sebuah pulau Bermuda SEGITIGA YANG SEAKAN-AKAN HANYA BERCUACA PETANG. Halle masih ingat, neneknya Arma, meniti hari-hari tua dengan pelbagai mimpi yang mengugut realiti hidup.tetapi kisah nenek hanya ditertawakan segelintir saudara-mara yang kerapkali muncul untuk menuntut sebahagian besar wasiat hartanah. Halle masih ingat kata-kata akhir dari neneknya. Dengan nada sayu ,merayu dan kecewa nenek berkata" ....ia memang ada..percayalah." Kemudian nenek ditemui mati di dua tempat berbeza. "dimenara agam" dan di "tangga "dengan mata terbeliak mulut terbuka.
Beberapa hari kemudian, ayah Halle mengalami tekanan jiwa.Dr.Jarold mengatakan ia berpunca dari rasa kecewa dan sedih di atas kehilangan orang2 di sayangi. Kemudian,mak cik Saltine,yang pernah buat amukan hanya kerana harta,,memotong jemarinya, menjadi gila dan tidak siuman sebelum menemui ajal di beranda menara. Emak Halle,tidak kurang seperti Saltine.Bertengkar hingga mati. Emak Halle, Mirane bagi pendapat Halle,adalah ibu yang seolah-olah bukan ibu mereka. Halle masih ingat ketika pulang dari sekolah, emaknya menyuruhnya mengikut nenek ke selatan Alaska agar mereka tidak dapt mengganggunya bermain terup. Manakala abangnya, Lewis terbiar sakit di bilik tidur. Walaupun begitu Mirane menjadi tidak siuman apabila kalah teruk dengan lawan terupnya. Dia mati tanpa mendapat simpati dari anak-anaknya. Lewis sihat semulaNasiblah dr. Jarold selamatkan dia.Kalau tidak hari ini ketika Halle berusia 21tahun,dia sebatang kara.
Sebab Halle kembali adalah kerana Lewis. Ada khabar angin mengatakan Lewis sudah normal. Halle cuba hubungi Dr.Jarol, tapi dia sering mengelak.Lagipun, dia semakin terkenal sebagai doktor terapi yang terbaik di seluruh Amerika.
................................................ Sekembalinya Halle di agam, dia dapat merasakan tawwa riang semasa bermain dengan nenek dan Lewis. Dia dapat menghidu wangi bunga ros malam yang dulunya ditanam sekeliling halaman.Namun kerinduan kini menjadi kesepian. Halle terjatuh di hadapan agam yang besar tersergam. Ketika tersedar, pintu dibuka dan seseorang yang masih diingati,Lewis menghulur tangan. Mereka berpelukan.Halle bersemangat kembali. Dia menjerit gembira. Lewis menunjukkan hasil2 lukisan kepada Halle. Dia senang hati melihat Lewis normal.namun hal itu tidak dibangkitkannya. Namun beberapa hari berada disana, Halle bermimpi buruk, kemudia Lewis menjadi tdk normal. Dia menjerit2 di bilik galeri lukisan. Itu menakutkan Halle. Pembantu rumah pula tiba2 ghaib. Suasana bertukar dari cerah kepada bercuaca senja sepanjang masa... Semasa berusaha untuk bangun, Halle terlihat seorang lelaki berjubah putih tapi pemandangannya kabur. Kemudian dia pengsan . Mimpi demi mimpi...waktu di Dawn Bermuda seakan-akan terhenti. Jauh dalam hati Halle kuat untuk bangkit kannya untuk segera pulang dari Morisen Mansion.
MAY 2013
A Screenplay To LiLo
Bioghraphy A truth about young woman named Lindsay Lohan.