(2012)My head is progressing for a new high imagination plus fantasy story.
1) : THE 7 FACES STORY - Menceritakan kisah 7 insan serupa dari serata dunia. 4 daripada mereka makhluk bumi,1 sedang berada di alam selepas kehidupan, 1 daripada mereka makhluk alam lain, dan seorang lagi tersangat istimewa kerana berasal daripada keturunan dewa-dewi langit. 2) : PEARL & PEARLSY - Menceritakan seorang gadis remaja bernama Pearlsy dari keluarga berada. Meskipun hidup mewah, Pearlsy menghadapi satu masalah peribadi yang agak serius dan kini sedang menjadi mangsa keadaan. Dia seorang yang gementar, tergagap, kurang yakin dan sering berasa dirinya bodoh dan tak berguna di dunia. Pada setiap malam, dia akan meluangkan masa menulis diari di tingkat bumbung banglo mereka, agar dapat melihat keindahan langit dan bintang2 malam. Teman setianya, hanya Ozie si anjing comel berwarna putih.Pearlsy tidak pedulikan tentang hal-ehwal semasa yang dihebohkan di tv,terutamanya kisah gempar kebocoran langit bumi. Pada setiap malam, Pearlsy sering bermimpi bahawa dia seorang gadis remaja yang berkeyakinan tinggi, cantik, boleh diharapkan serta diminati ramai lelaki kacak. Sebenarnya itu ialah antara beberapa keinginan Pearlsy setelah melihat remaja popular kolej bernama Cynthi. Tapi gadis itu angkuh dan 'kejam' terhadap Pearlsy. Pearlsy harus terima kenyataan bahawa dia sedang hidup dalam mimpi yang nyata. 3) Susie - Susie telah diserahkan kepada keluarga angkat sejak berusia 7 hari. Susie membesar dalam suasana keluarga angkat yang bahagia tapi jiwanya tetap sedih dan dia berusaha sembunyikan perasaan itu. Semasa Susie berusia 15 17 tahun, ibu bapa angkatnya telah meninggal dunia. Peristiwa itu telah mengubah keadaan.Abang dan kakak tiri Susie masing-masing mengikuti hala tuju sendiri. Susie tidak tahan dengan perangai liar kakak angkatnya yang sering membuat parti di rumah. Susie sering menyepikan diri. Manakala teman lelaki Erin, kakak angkat Susie cuba menjalin hubungan dengan Susie. Erin telah salah sangka dan menyesali perhubungan mereka selama ini. Susie serba-salah setelah mendengar luahan Erin bahawa pemergian ibubapanya tidak beri kesan padanya kerana selama ini mereka hanya curahkan tumpuan kepada Susie. Akhirnya, Susie mendapat tawaran ke kolej dan dia berpindah dari rumah keluarga angkatnya. Dengan azam yang kental, Susie akan berusaha capai cita-cita untuk menjadi seorang peguam.
Berbagai dugaan dan cabaran semasa hidup di bandar besar itu. Susie tinggal di hostel dan bekerja separuh masa demi menampung kos yuran dan perbelanjaan di kolej. Semasa kawan-kawannya seronok berparti, Susie habiskan masa mengambil upah dengan kerja-kerja singkat seperti bekerja di Funn Fries/Hotel Cleaner/Assignment Clerk/Bartender/ Waitress etc. Personalitinya masa itu teruk.! Rambut tak tersisir dan pakaian yang tak bergaya serta tak bersolek langsung. Susie jatuh sakit di saat-saat exam. Akhirnya setelah habis exam, Susie terpaksa dimasukkan ke wad. Temannya datang membawakan berita baik. Sepucuk surat ''Tawaran mengikuti praktikal Kepeguaman''. Dalam diam, Susie telah lama diperhatikan oleh seseorang. Avin George, anak berada jatuh hati padanya. Semasa praktikal, Susie telah merasai tugasan sebenar seorang peguam bersama klien-klien. Ms. Florine peguam yang mengiringinya telah memperkenalkan Susie kepada seorang klien bernama Madeline Frank. Secara tidak langsung, mereka menjadi rapat. Madeline adalah pemilik hotel terbesar, dimana tempat dia bekerja sambilan. Maadeline berkata dia pernah melihatnya. Madeline wanita berusia lewat 40 tahun dan sedang dalam proses memfailkan penceraian bersama suaminya, Derick Frank. Mereka telah bersama selama lebih 25 tahun. Bakal bekas suami Madeline merupakan seorang ahli korporat. Madeline menceritakan bahawa hubungan mereka tidak rapat lagi kerana masing-masing sibuk mencapai impian masing-masing. Lagipun, setelah keguguran 2 kali, Madeline telah berubah emosi. Akhirnya, Susie membuat keputusan untuk bertemu dengan Mr. Derick. Orangnya tinggi, berjambang tebal, dan berkaca mata. Susie berusaha mengenali Mr. Derick. Akhirnya tanpa pengetahuan Madeline, Susie telah ketahui punca masalah dalam hubungan mereka. Telah berlaku banyak salah faham dan telah lama tidak diperbetulkan. Susie berniat menyatukan mereka semula. Dia mengatur temujanji demi temujanji khas untuk mereka bertemu kembali. Setelah melaluinya, pasangan itu kembali bercinta lagi. Perubahan imej Madeline membuatkan Derick jatuh cinta lagi padanya. Manakala jambang yang telah 20 tahun menutupi kulit wajah Derick telah membuatkan Madeline gembira melihat Derick, lelaki yang hampir menjadi bekas suaminya. Ms. Florine terkedu dengan pencapaian dan kebolehan semulajadi Susie. Ms. Florine luluskan Susie dan Susie bakal bergelar seorang peguam dalam masa beberapa bulan ini. Dalam pada itu, Madeline dan Derick berusaha menjejaki semula bayi yang dulunya diserahkan orang. Susie gembira kerana pasangan Frank bertemu kembali anak mereka, bernama Joan.Gadis itu semuda Susie. Sebagai membalas jasa Susie, Madeline dan Derick sering mengajaknya makan dan bercuti bersama. Ketika satu majlis dirumah Madeline, Susie telah bertemu dengan anak berada sekolejnya, Avine.Pertemuan itu membuatkan mereka saling jatuh cinta namun Joan cemburu dengan Susie. Da mahu singkirkan Susie dari keluarganya. Akhirnya Joan berjaya lukakan hati Susie dengan foto tidur bersama Avine. Susie tinggalkan surat kepada Puan Frank dan nota untuk Avine. Susie patah hati dengan hubungan itu.Dalam surat itu, Madeline tahu kisah hidup Susie. Dia tidak sempat bertemu kerana Susie telah pindah ke New York ,untuk memulakan hidup baru sebgai peguam. Joan tidak tahan sembunyikan tabiat dirinya. Dia mula memesan dadah secara rahsia. Dia kuat berparti dan mabuk. Derick dan Madeline berasa ragu-ragu dengan gadis itu. Setelah terdengar perbualan mereka, Joan telah mencuri sejumlah wang yang amat banyak lalu menghilangkan diri. Joan tertangkap dan mengaku bahawa dia bukanlah anak mereka. Dari hal itu, Derick dan Madeline hampir berputus asa menjejaki anak mereka yang sebenar. Dalam pada itu, Adam jejaka baru dalam hidup Susie mula berusaha memikat Susie. Susie pula mengabaikan Avine yang 'curang' biarpun lelaki itu tidak jemu memburunya. Susie jatuh sakit lagi. Kali ini dia benar-benar jatuh di hadapan hakim semasa perbicaraan berlangsung. Perihal itu, Madeline telah tahu dimana Susie. Dia melawat Susie di hospital. Madeline ceritakan apa yang terjadi. Madeline akan berusaha mencari anak itu. Dalam masa yang sama, Susie beransur sihat kembali dan tahu cara menjejaki ahli keluarga yang terputus perhubungan. Dia cuba kembali ke rumah Erin tapi rumah itu telah terjual. Kemudian Madeline telah mengesyaki sesuatu.Susie mula meluahkan rasa bencinya terhadap ibubapa kandungnya kepada Madeline. Akhirnya, Madeline buat rancangan sulit 'DNA' . Secara rahsia, Madeline cuba mendapatkan rambut dan juga setitik darah Susie untuk saringan DNA. Avine bantu Madeline jalankan rancangan itu. Positif'. Madeline dan Derick tidak sangka. Mereka gembira tapi hanya mampu melihat anak mereka dari jauh. Mereka tidak tahu cara untuk jelaskan dan bagaimana memperbetulkan silap selain berkata maaf. Derick tahu sikap Susie.Apabila Madeline melihat foto2, dia sedih setelah melihat Susie hanyalah seorang cleaner yang bergambar jauh di barisan belakangnya. Madeline berhasrat untuk diamkan hal itu, takut dibenci oleh Susie.Ketegasan Susie telah membuatkan ibu Avine kurang selesa. Puan Sandra, ibu Avine ialah sahabat Derick. Mengetahui Puan Sandra kurang senangi Susie, Madeline terpaksa bertegang leher bahawa Susie gadis terbaik sebagai menantunya. Puan Sandra pelik sikap Madeline yang seperti ' bagai dia ibu kandung Susie'. Akhirnya, Susie dan Avine berkahwin juga. 'Melissa' ialah nama anak Susie dan Avine. Susie namakan itu sempena nama asalnya. Madeline jatuh sakit kerana sangat sedih bercampur gembira. Melissa ialah bayi yang dia telah serahkan dulu. Apabila Melissa berusia 9 bulan, Madeline sering datang ke rumah Puan Sandra demi bertemu dengan cucunya. Dia membandingkan foto-foto Susie dengan Melissa. Foto-foto lama itu dikirimkan oleh Mr.& Mrs. Gregory pada bulan-bulan pertama Susie dalam jagaan mereka. Selepas itu, Madeline ingat lagi, dia berikan amaran kepada pasangan itu agar tidak mengirimkan apa-apa foto. Dia juga ingat, ketika itu dia berpisah selama 2 tahun dengan Derick dan kemudian bercinta dan berkahwin secara rasmi 1 tahun kemudian, hinggalah gugur dan keguguran anak seterusnya. Doktor pesankan tiada harapan lagi untuk mengandung. Ketika itu, hubungan mereka suami isteri jadi renggang. Mereka beberapa kali hidup berasingan dan saling bersalah-faham dan tak diperbetulkan. Kisah Derick curang bersama Martha, kisah Madeline tidur bersama Christ. Tapi Madeline hairan kehadiran Susie dalam hidup mereka telah mengembalikan kembali cinta-cinta yang mekar. Kini mereka suami isteri sering bersama kemana sahaj seperti pasangan baru berkahwin. Di hari ulang tahun perkawinan, mereka jemput Susie. Mereka sempat bergambar bersama Melissa. Itulah foto terbaik kepada Derick dan Madeline. Susie terkenal sebagai peguam yang terbaik dan berjaya satukan beberapa keluarga yang hampir berpecah. Kemudian, Susie rahsiakan bahawa sakit barah otak semakin serius. Doktor jelaskan dia ada masa tidak lama. Kemudian Susie mengandungkan lagi anak kedua. Kali ini anak lelaki. Derick pula berusaha mendekati cucu lelaki itu. Avine bocorkan rahsia semasa harijadi Susie. Rancangan itu berjaya tapi hanya berikan kesan negatif terhadap Susie. Dia mendukung Melissa dan pergi dari party itu. Majlis itu berlalu begitu sahaja. Ibubapa Susie sangat meyesal dan hampa. Puan Sandra dan suaminya gembira kerana berbesan. Telah beberapa minggu Susie elakkan ibubapanya. alah melarang Puan Sandra menjemput mereka datang melawat cucu. Di pejabat, Madeline datang meminta ampun dari Susie. Dia melutut depan Susie. Susie masih tidak pedulikan dia. Akhirnya Susie bermimpi bertemu ibubapa kandung dan mereka menyuruhnya menerima semula kerana masa tidak panjang. Akhirnya dalam telefon, Susie menerima kembali ibubapanya. Dan mereka akan bertemu di satu makan malam hujung minggu. Ketika itu, Susie baru selesaikan satu kes dan berjaya satuka satu pasangan. Dia tinggalkan office dan menghubungi anak-anak dan suami. Avin ahu menjemputnya tapi dia mahu mereka semua tunggu di situ. Pertemuan semula itu bertemakan warna putih di dalam taman indah. Akhirnya, mereka bertemu juga setelah Susie hampir kemalangan jalan-raya. Susie memeluk ibu dan bapanya. Kemudian Susie seperti bermimpi. Dia jatuh dan semua orang terkejut dengan hal itu. Dia dikejarkan ke hospital. Semasa di sorong ke wad pembedahan, Susie sedar tapi sedang bermimpi, bahawa ibubapa angkatnya berada bersama di taman pada hari itu. Dia mendukung Melissa dan baby boy, melayangkan mereka di udara dan ketawa bersama. Kemudian ibunya membelai rambut. Senyuman ayanhnya. Kemudian ciuman suami tercinta. Susie koma 3 hari dan dia bersama seluruh keluarganya dalam mimpinya. Dia bahagia. Airmata dan kesedihan mengiringi hari-hari keluarga yang dalam realiti. Bersedia melepaskan Susie selamanya. Melissa dan baby boy, pengganti rindu pada Susie. |
4) : DEMI LOVE GEMINI - Demi akan berusia genap 31 tahun untuk 3 minggu lagi. Dia telah mencapai cita-citanya, kerjaya yang menarik,mempunyai rumah idaman yang cantik serta ramai teman yang baik bersamanya. Bercinta dengan lelaki yang dicintai hanyalah sebuah mimpi indah yang masih belum jadi nyata. Usikan teman2 menyuruhnya membuat iklan pencarian teman hidup.Ada juga yang bertemu janji dengannya.Teman karib, Jane nampaknya melangsungkan perkahwinan terlebih dahulu.Setelah Jane berkahwin,Demi jadi sepi sedikit dan beralih kepada teman yang lain, lebih boleh dipercayai dan pendengar yang baik,iaitu Daniel. Daniel sering diganggu di makmal dengan kedatangan Demi yang datang untuk berkongsi cerita dan ketawa bersama. Akhirnya Demi bertemu dengan Tina seorang lagi kawan dan membawanya bertemu dengan pakar astrologi. Pada mulanya Demi berasa kurang percaya namun, dia mulakan kajian horoskopnya untuk memburu dan menemui kekasih sejati, yang mana berasal dari horosop 'GEMINI'..
5) THE OWNER - Cerita misteri/seram berkenaan dengan sebuah banglo 4 tingkat yang mewah di pesisiran pantai di hujung bandar Long Island. Ia bermula pada 30 oktober dimana Kate Myer memenangi bidaan tertinggi dan menjadi pemilik sah rumah itu.Kemudian Hari Halloween menjadi perasmi pembukaan rumah tersebut. Hari yang mendung, hujan dan cahaya lilin menghiasi rumah.Kate dan teman lelakinya, David meraikannya kemudian keluar bersama. Mereka pulang lewat malam dalam keadaan hujan lebat selepas meraikan Haloween. Pintu dibuka, kelihatan perabot ditutupi kain putih dan Amanda menariknya satu persatu. Dia dan suaminya,Mark mula membersihkan rumah. Amanda ketika itu tidak mengetahui dirinya hamil.Malam ketiga di rumah itu, Amanda bermimpi tentang seorang wanita yang membakar lilin.Amanda yang sedang berkemas mendapati darah mengalir di kakinya.Doktor mengesahkan dia keguguran. Sikap Amanda berubah sedikit dan Mark mula rasa terpinggir. Amanda bermimpi wanita membakar lilin selama 7 hari berturut2, sehinggalah dia bertemu dan berbual dengan seorang wanita aneh.Peliknya setiap kali selepas berbual, Amanda akan jatuh sakit dan pulih kembali.Apabila berjalan2 di pantai,Amanda akan terdengar gema suara wanita yang sedang ketawa. Namun tiada sesiapa pun yang pernah memasuki pantai persendirian itu. Satu malam, semasa Mark outstation, Amanda tahu dia mengandung dan menjaga dirinya.Amanda yang sedang menonton drama seram telah didatangi tetamu yang sebelum ini. Tetamu wanita itu tidak menjawab soalan apabila Amanda bertanya dan hanya berpesan, pemilik itu tidak menyenangi kedatangannya di kejiranan ini.Amanda yang kian kerap diganggu pergi menemui pemaju hartanah yang membuka kawasan tersebut. Apabila mendapat tahu,Amanda terperanjat apabila mengetahui 50 tahun lalu tapak rumah itu adalah tapak pembunuhan beramai2.Tapak kolam renang adalah bekas lubang curam tempat menguburkan orang hidup2 dan telah ditimbus kembali 10 tahun lalu,kerana retakan tanah sering berlaku.. Apabila Amanda melihat kolam renang itu, dia terbayang wajah2 roh yang derita dikubur hidup2.Kemudian wanita itu sering datang sambil menangis.Ketika itu Haloween akan disambut 7 hari lagi. Amanda telah mendapat tahu bahawa wanita yang sering bertmu ialah Kate Myer, pemilik terdahulu yang mati kemalangan. Namun Kate tidak suka kebenaran itu pada pengetahuan Amanda lalu cuba menceritakan hal sebenar.Kate bukan mati kemalangan tapi mati akibat dibunuh dirumah itu kemudian dicampakkan bersama2 keretanya . |